Alhamdulillah harini buat lagi lempeng kelapa dicicah bersama sambal sardin. Memang kesukaan anak-anak sangat. Selera mereka memang tak putus kalau ada menu ni. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Misza Manap. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan Tepung gandum.
  • 1 biji telur ayam gred B.
  • 1 senduk Kelapa parut.
  • 1 sudu kecik Garam.
  • 2 sudu makan Marjerin pelangi.
  • Sedikit Air untuk jadikan adunan cair macam buat kuih ketayap.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan diatas dan gaul hingga sebati bersama sedikit air. Pastikan adunan tu cair seperti nak buat kuih ketayap.
  2. Kemudian gorengkan adunan tadi menggunakan non-stick pan atau kuali. Biasanya, kalau dah letak marjerin saya tak sapu minyak dah kat kuali. Memang tak melekat. Gunakan api paling slow ya.
  3. Goreng sehingga anda puas hati. Kemudian bolehlah dihidangkan bersama sambal sardin atau kari. Biasa anak-anak cicah gula pun dah puas hati

Selamat mencuba.