Ingat lagi tak gambar anak cheyah yang sedang ready nak buat kuih kesukaan dia sendiri. Memang mudah sangat nak buat ubi getuk ni. Jom terjah resepinya kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kilogram ubi kayu.
  • 1 mangkuk kelapa parut muda.
  • 1 cawan tepung beras.
  • Secubit garam.
  • Secubit serbuk kunyit.
  • 1 biji telur.
  • Sedikit air.

Cara penyediaannya:

  1. Potong ubi kecil-kecil supaya mudah empuk. Masukkan sedikit garam dan air. Rebus sehingga empuk. Dah masak toskan seketika.
  2. Kemudian, ketuk sehingga ia hancur. Tambahkan kelapa parut dan garam serta gula. Gaulkan sebati.
  3. Buatkan bulat-bulat saiz sederhana ataupun suka hati. Biarkan sekejap dan bancuhkan tepung beras, garam, serbuk kunyit, telur dan air.
  4. Masukkan ubi tadi dalam bancuhan dan goreng sehingga garing. Dah siap!

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.