Jom Cuba Masak Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak. Terima kasih kepada ASH (Foodhunter) kerana berkongsi resepi yang sangat sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Butter 2 sudu besar.
  • Daun Kari 10 helai / setangkai.
  • Cili Padi 5 biji dicincang.
  • Bawang Putih 3 ulas dicincang.
  • Susu Cair 1 atau 2 cawan.
  • Tepung Jagung letak sikit kemudian kacau tengok pekat kuah.
  • Serbuk kunyit satu cubit.
  • Udang/sotong secukupnya.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
  3. Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
  4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.

Selamat mencuba ya semua. Semoga dipermudahkan segala urusan memasak mak-mak sekalian.