Teringin nak makan nasi briyani. So kite guna Perencah Nasi Briyani Maggi. 1st time masak. 1st time gak rase. Seyez sedap tak tipu. Hehehehe…Resepi saya follow kat belakang perencah tu. Tapi ade bahan-bahan yang saya derhaka.

Resepi Nasi Briyani:

  1. Saya guna beras Basmathi. Basuh dan rendam selama 30 minit. 1 cup beras bersamaan 1 1/2 air. Saya rendam terus dalam periuk nasi.
  2. Tumis bawang merah yang telah dipotong besar bersama 4 sekawan dengan minyak sapi sampai naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan pula Perencah Nasi Briyani Maggi.
  4. Masukkan carrot dan tomato.
  5. Bila beras yang direndam dah cukup masa selama 30 minit, masukkan bahan tumis tadi dalam periuk nasi.
  6. Masak nasi macam biasa. Bila dah masak, saya letakkan daun ketumbar untuk naikkan aroma nasi briyani.
  7. Biarkan 5 minit baru kacau nasi tadi. Siap dan bolehlah dihidangkan.

Resepi acar timun versi saya:

  1. Potong timun, carrot, bawang merah, tomato dan lada merah.
  2. Campurkan kesemuanya, kemudian taburkan gula. Saya letak 3 sudu besar.
  3. Perah lemon dan gaulkan kesemuanya. Kalau suka pakai cuka, bolelah gunakan cuka.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Arma Abdul Rahman. Terima kasih.