Selalu kalau nk mkn mintak mak yg buatkan. Sampai bila tak nak belajar. Sooo sis mintak resepi dari chef Suhailiza Elis Mohd Shohari. Nah resepi Masalodeh resepi mak saya.

Cara untuk membuatnya:

  • Rendam kacang dhal 3/4jam. Gunakan Kacang Dhal Australia kalau nak lagi sedap. Kisarkan Kacang Dhal tadu sehingga halus dan tapis. Jangan lupa ambil airnya yang dah jadi macam gam tu ye.
  • Bawang merah diracik-racik halus.
  • Udang kering rendam dan tumbuk.
  • Daun kari.
  • Jintan manis.
  • Cili merah / cili kering digunting halus.
  • Garam.

Satukan semua bahan diatas. Goreng dengan minyak tapi jangan panas sangat pula nanti cepat hangit. Takut bahagian dalam tak masak nanti. Balikkan lepas satu bahagian tadi kekuningan. Angkat, tapiskan minyak dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Sabariah Sa’adah Mohd Shohari.