Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Ikan Keli Goreng Berlada. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 5 ekor ikan keli (gaul dengan garam kunyit).
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 biji bawang merah.
  • 2cm halia.
  • 3 biji cili hijau besar.
  • 5 biji cili merah.
  • 1 sudu asam jawa extra adabi.
  • Garam dan gula.
  • Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaannya:

  1. Goreng ikan keli sehingga masak. Jangan terlalu garing nanti keras. Sedang sedang saja. Hehe.
  2. Blanderkan semua bahan tadi. Panaskan minyak dak tumis bahan blander tadi sehingga kering dan pecah minyak.
  3. Kemudian, boleh masukk garam dan gula secukupnya. Tambahkan pes asam jawa. Gaul sebati. Nampak sambal masak masukkan ikan. Gaul sebati. Dah siap! Selamat berbuka puasa.