Cara lengkap untuk membuat Nasi Beriani Kambing dan Telur Rebus. Kesedapan sehingga butir nasi yang terakhir.


Cara lengkap untuk membuat Nasi Beriani Kambing dan Telur Rebus. Kesedapan sehingga butir nasi yang terakhir. Resepi ini boleh guna rice cooker ataupun pressure cooker bagi yang ada.

Terima kasih kepada Anas Syauqi kerana berkongsi resepi padu ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging Kambing 2 kg.
  • Beras basmathi 2 kg.
  • Minyak sapi ghee tin kecil.
  • 1 tin kecik tomato puree.
  • Bawang putih 1 labu.
  • Bawang merah 4 biji.
  • Halia 3 inci dipotong memanjang seperti mancis.
  • Buah pelaga / kulit kayu manis / bunga lawang.
  • Rempah beriani jenama Faiza 250 gram.
  • 2 kiub lembu.
  • 250 gram Susu segar / susu cair.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh beras basmathi dan rendam selama 20 minit. Dalam masa yang sama, sediakan periuk nasi.
  2. Masukkan minyak sapi 1 tin kemudian masukkan bahan-bahan tumis bawang putih bawang merah, halia, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Bila bahan tumis dah wangi, masukkan rempah nasi beriani separuh paket, kemudian masukkan tomato puree 1 tin, 2 kiub lembu dan masukkan sedikit air. Gaulkan sehingga sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Bila dah mendidih pecah minyak, masukkan 250ml susu segar / susu cair dan gaulkan kemudian biarkan seketika.
  5. Masukkan kambing yang sudah di cuci kedalam bahan tumis dan gaulkan sebati. Biarkan ianya mendidih seketika. Kemudian masukkan 1 liter air dan gaulkan. Masa ni masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika guna pressure cooker. Set 30 minit untuk lembutkan daging kambing dan jika rice cooker biasa biarkan mendidih sehingga empuk.
  7. Selepas 20 minit rendaman beras toskan dan masukkan ke dalam periuk yang mendidih tadi. Masa ni boleh sukat air dengan beras. Jika berlebihan atau kurang kita boleh adjust. Untuk beras basmathi, air mesti lebih sedikit sahaja lebih kurang paras 1 takat jari telunjuk.
  8. Dah masukkan beras gaulkan sehingga rata. Jika ada telur rebus masukkan sekali dalam periuk nasi.
  9. Tutup periuk nasi dan tunggu sehingga masak. Bila dan masak taburkan kismis jika ada.
  10. Siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Baca juga :  Kebanyakan orang Kedah pasti suka Sambal Lengkuas ini. Jom cuba pasti puas hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.