Resipi Roti Bakar Keju Leleh Mudah Guna ‘Air Fryer’. Mudah dan murah disediakan!

Ramai daripada kita tidak tahu apa yang mahu dibuat menggunakan lebihan roti yang menunggu masa untuk sampai pada tarikh luput. Kalau asyik sapu planta, kaya, cicah air bosan juga kan?

Apa kata kali ini kita cuba resipi baharu yang jarang orang buat, yang penting sedap dan senang sahaja, iaitu Roti Bakar Keju Leleh.

Bahan:

  • 3 keping roti (potong kiub)
  • Setengah batang lobak
  • Satu tin tuna
  • Dua biji telur
  • Sedikit oregano dan serbuk lada hitam
  • Keju mozarella parut
  • Beberapa keping keju slice
Baca juga :  Resepi Nasi Kerabu Goreng. Setiap suapan anda pasti menyelerakan!

Cara penyediaan:

1. Sapu minyak pada loyang sebelum masukkan roti yang sudah dipotong kecil.

2. Taburkan lobak parut sebelum masukkan tuna tin.

3. Lapiskan dengan keju mozarella, telur dan tabur serbuk oregano serta sebuk lada hitam.

4. Letakkan kepingan keju yang sudah dracik, taburkan keju mozarella.

5. Masukkan ke dalam air fryer dengan suhu 180 darjah selama tujuh minit.

6. Agak keju dah kelihatan rentung, keluarkan loyang dan siap untuk dihidang.

Sumber: Nyta Gh

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.