Resipi Rahsia Buat Doh Pizza Lembut. Pasti pizza anda laku keras nanti!


Kebanyakan resipi piza yang mudah dibuat di rumah akan menggunakan doh roti arab atau pun roti naan. Ada juga yang akan membuat sendiri doh dengan beberapa campuran bahan tapi jika tidak begitu rajin pastinya pilihan kita ialah menggunakan roti sedia ada.

Ada kalanya teringin juga membuat piza menggunakan doh sendiri bukan? Mungkin anda boleh bertambah rajin membuat piza dengan resipi ini yang hanya menggunakan dua bahan sahaja.

Hanya perlukan masa selama 10 minit sahaja untuk membuat doh dan bakar selama 12 minit.

Bahan-bahan doh:

  • 1 1/2 cawan Tepung.
  • 1 cawan Greek Yogurt (apa-apa jenama).

Cara membuat:

1. Gaulkan tepung dan yogurt hingga sebati dan tidak melekat di tangan.

2. Taburkan sedikit tepung di pelantar bersih untuk menguli doh.

3. Uli doh dengan penguli atau tangan sahaja, uli bulat nipis atau setebal yang diinginkan.
* Uli di atas baking paper supaya lebih mudah untuk meletak doh atas baking tray nanti.

Baca juga :  Resepi untuk membuat Spageti Carbonara Berkrim bersama sosej dan cendawan. Padu dan Pekat!

Untuk toping, sama sahaja seperti piza biasa. Bakar pada suhu 190 darjah selama 10-12 minit (pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu).

Nota:

1. Anda boleh menggunakan tepung gandum (unbleached), tepung naik sendiri atau pun tepung bebas gluten. Cuma bezanya doh tepung gandum menjadikan piza lebih gandum dan garing. Manakala untuk tepung naik sendiri, piza jadi lebih gebu.

2. Boleh juga menggunakan resipi doh ini tanpa bakar dalam ketuhar. Selepas canai bulat, sapu serbuk bawang putih dan mentega (unsalted) kemudian masak di atas pan anti lekat.

Mudah bukan? Selamat mencuba!

Sumber: Emanuel Koknga

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.