Kami kongsikan kepada anda untuk membuat Sos Pencicah Thai yang boleh dibuat makan bersama makanan yang lain. Selamat Mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang berikut:
- *7 – 8 ulas Bawang putih.
- * Beberapa cili padi bergantung kepada tahap kepedasan yang anda nak.
- *Akar daun ketumbar.
- 6 hingga 7 biji limau nipis.
- 2 1/2 sudu besar sos ikan.
Kesemua bahan bertanda * diatas perlu ditumbuk atau dikisar.
Cara untuk menyediakan sos pencicah thai ini adalah seperti dibawah:
- Perahkan limau nipis kemudian letak sos ikan, gula dan sedikit garam sebab sos ikan dah masin
- Potongkan daun ketumbar dan gaulkan je kedalam adunan sos tadi. Siap!
- Info Tambahan: Jikalau pencicah tu pekat anda boleh tambah sedikit air suam untuk mencairkannya sedikit.
- Pencicah ini boleh digunakan untuk mencicah untk kerang, udang, sotong, ikan, dan ayam yang telah direbus ataupun dibakar.