Cara buat Nasi Ayam Lemon Madu. Ayamnya yang sangat Crispy pasti memikat selera anda!

Nama resepi yang akan dikongsikan pada kali ini ialah Nasi Ayam Madu Lemon. Dicipta sendiri oleh Puan Afy Al Habibi selepas cuba makan dekat satu kedai. Tak sangka hasilnya lagi lazat. Istimewa nasi ayam ini terletak pada sos madu lemon dan ayamnya. Siap ada letak sunquick lagi. Yang lain semua sama dengan nasi ayam biasa.

Resepi Sos Madu Lemon.

  1. Ambil 2 senduk sup ayam. Masukkan dalam periuk lain.
  2. Tambahkan 1/2 senduk sunquick dan 1/2 sudu besar perahan buah lemon. Masukkan 1 sudu besar madu.
  3. Tuang bancuhan air tepung jagung. ( 1 sudu besar tepung jgung + 1 senduk sup ayam).
  4. Masukkan secubit garam/ secukup rasa. Masukkan dua hirisan lemon tanpa biji.
  5. Siap untuk kuah sos lemon yang lazat. Bila sos sejuk, bolehlah dituang atas ayam.
  6. Taburkan sedikit bijan yang telah disangai.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Tomyam yang sedap dengan mudah. Tahan lama pulak tu!

Resepi ayam crispy adalah dibawah ini.

Resepi Ayam Crispy

1. Hiris nipis 1 ketul dada ayam

2. Perapkan bersama bahan dalam gambar ( gandakan untuk depan belakang )

  • 1 sudu besar sunquick
  • 1/2 sudu kecil kicap Jalen
  • 1 titik sos ikan
  • secubit garam
  • secubit perasa
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • secubit lada hitam kisar

3. Lumurkan putih telur.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.