
Resepi kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Tradisional iaitu Kuih Lapis Lumut Kacang Hijau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah dan menurut beliau;
Jom kita buat Kuih Talam Lumut Kacang Hijau ni. Petang ni kita pi bagi kat jiran tetangga. Kita kumpul Dana Akhirat. Kita guna Loyang 10 x 10 x 2.5 inci tau. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan untuk Adunan A :- ( Lapisan Kuning )
- 200 gm gula pasir.
 - 150 gm tepung beras.
 - 100 gm tepung gandum.
 - 1 sudu makan tepung ubi.
 - 250 ml santan pekat.
 - 600 ml air.
 - 1 sudu teh garam.
 - 1 sudu teh pewarna kuning telur atau secukupnya.
 
Cara – caranya adalah:-
Satukan semua bahan diatas , tapiskan dan jadikan sebanyak 1200 ml. Jika tak cukup boleh tambah air. Kemudian, bahagikan kepada 4 bahagian.

Bahan yang diperlukan untuk Adunan B :- ( Lapisan Hijau )
- 150 gm tepung kacang hijau.
 - 100 gm tepung gandum.
 - 80 gm tepung ubi.
 - 200 gula pasir.
 - 250 ml santan pekat.
 - 600 ml air.
 - 1 sudu teh garam.
 - 1 sudu teh pewarna hijau epal.
 
Cara – caranya adalah :-
Satukan semua bahan diatas , tapiskan dan jadikan sebanyak 1300 ml. Jika tak cukup boleh tambah air. Kemudian, bahagikan kepada 4 bahagian.

Cara Melapis :-
- Bahagi setiap adunan kepada 4 bahagian , kukus lapisan kuning dahulu,apabila masak,kukus lapisan kedua adalah hijau.
 - Ulangi langkah No. 1 hingga ke lapisan ke lapan.
 - Kukus setiap lapis selama 8 minit – 10 minit & setiap lapisan hendaklah dicakar dengan garfu.
 - Kukus bahagian ahkir selama 15 minit. apabila masak angkat dan sejukkan di suhu bilik sebelum dipotong dengan Pembaris Talam