Resepi Kuih Cakoi rangup-rangup. Memang ramai yang suka kuih ni kan.

Kuih cakoi senang kerana boleh dibuat dengam memggunkan resepi donut. Cuma bezanya ialah doh menanjang dicantum 2 menggunakan air dan chopstick saja. Boleh dimakan dengan kaya manis atau cicah dengan kari pun sedap. Jom tengok resepi ni.

Bahan A :

¹/2 kilo tepung gandum + ¹/2 peket yis mauripan. Gaul bersama.

Bahan B :

2 sudu majerin + 2 sudu gula pasir + 2 sudu besar susu pekat manis.

Cara :

  • Campur A & B. Gaul bersama.
  • Guna air sejuk peti ais. Lebih kurang 1¹/4 cwn.
  • Uli hingga adunan tak melekat di tangan.
  • Perap hingga naik & kembang. Lebih kurang 1 jam tau.
  • Canaikan doh & potong ikut bentuk yang kita suka.
  • Goreng dengan api yang sederhana.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Akok Kedut dengan hanya menggunakan pembakar roti. Mudah dah cepat!

Boleh tengok pada gambar untuk cara penyediaan yang lebih jelas. Selamat mencuba.

2 thoughts on “Resepi Kuih Cakoi rangup-rangup. Memang ramai yang suka kuih ni kan.

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.