Resepi dan Tips untuk membuat Kuih Apam Nasi anda naik gebu dan kembang elok

Perasaan indah je bila buka penutup periuk kukus, apam nasi naik kembang dan gebu. Harini free sikit so kita buat adunan apam nasi lagi. Kita buat kaler merah untuk menyalakan semangat dalam jiwa ini. Resipi dan bahan seperti berikut.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan nasi.
  • 1 1/2 cawan air.
  • 1 cawan gula.
  • Semua bahan diatas ni kita blend bagi halus ya.
  • Bahan-bahan lain:
  • 1 1/2 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 2 sudu makan yis.

Cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan bahan blend tadi dengan tepung semua tu.
  2. Kacau bagi rata dan perapkan smpai berbuih-buih dan nampak kembang ya.
  3. Kukus api besar dalam 15 minit. Penutup periuk alas kain. Acuan twister sapu minyak sikit.
Baca juga :  Cara untuk membuat Apam Polkadot yang comel dan gebu. Kesukaan semua orang!

Doakan saya selepas ni buat apam nasi untuk customer terus menjadi elok lagi. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.