Saya share lagi resepi ayam percik yang saya buat jual ni. Semoga ilmu yang kita kongsikan bermanfaat buat semua. Korang nak buat untuk family time cuti raya nanti bolehlah cuba.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha dan diolah kembali untuk penyesuaian pembacaan.
Resepi dan bahan yang diperlukan:
- Ayam cuci potong-potong dan toskan airnya.
- Cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan kunyit hidup. Kesemua bahan ini perlu dikisar halus ya.
- Ketumbar & jintan manis juga dikisar halus.
Tumiskan bahan-bahan diatas tanpa minyak. Pastikan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga setengah masak sahaja. Selepas itu, letakkan ayam diatas stand dan renjis olive oil, minyak masak pun boleh. Bakar pada suhu Air Fryer 200 selama 15 minit bergantung Air Fryer masing-masing, Kalau tak cukup masak boleh tambah masa). Jika menggunakan over, tetapkan suhu oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
Cara untuk membuat kuah percik:
- Cili kering dan bawang putih yang telah dikisar.
- Sos cili, gula merah, gula pasir dan 1 sudu besar tepung jagung.
Panaskan kuali atau periuk kemudian masukkan cili dan sedikit air, kacau-kacau sehingga cili masak. Kemudian masukkan pula sos cili, gula,air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Pastikn gula dan garam secukup rasa. Jika ada bijan campur je dalam kuah tu. Selamat mencuba semua.