Sebabkan tengahari tadi dah makan kat kenduri so ni dan masak untuk dinner je. Resepi ayam masak lemak cili api paling mudah nogori style.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam.
- Bawang Merah.
- Cili padi.
- Serai.
- Kunyit hidup.
- Santan.
- Asam keping.
- Belacan.
- Ubi kentang.
- Garam and sedikit gula. Saya letak sikit je sebab kuah terlebih pedas tapi terpulang la nak letak ke tak.
Cara-cara untuk menyediakannya:
- Masukkan ayam, santan. Kalau pakai santan fresh boleh masukkan santan yang cair dulu, yang pekat boleh masukkan lepas kuah mendidih.
- Serai yg dititik, cili padi and kunyit yg ditumbuk, asam keping ke dlm periuk dlm biarkan mereneh dgn api perlahan jgn sampai pecah minyak.
- Garam saya masukkan last sekali. Dah siap. Selamat mencuba ye.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Selamat mencuba.