Resepi dan Cara untuk Membuat Aiskrim Malaysia perasa Vanilla Coklat

Terjebak sudah. Tak dan nak pi kedai bakery. Pulun yang mane ade di kedai runcit. Kite bantai coklat Cadbury buat topping campur dark coklat lebih-lebih raya aritu. Sungguh aiskrim makan modai namenye ni. Vanilla aiskrim ambik jerk resepi kat Encik Google.

Resepi Aiskrim Vanilla Coklat. Bahan yang diperlukan adalah:

  • *3/4 susu pekat. Kalau tak nak manis kurangkan lagi pun boleh.
  • *2 kotak kecil susu Full Cream.
  • *1 sudu besar Ovellate.
  • *2 sudu kecil perisa Vanilla.

Campurkan kemudian pukul kesemua bahan-bahan diatas sampai kembang gebas gebus agak-agak selama 20 minit. Pastu tuangkn ke dalam jag air. Senang sikit nak bubuh dalam plastik aiskrim nanti.

Cara dan bahan untuk membuat Topping Coklat:

  • 200 gram Chocolate Milk. Sis pakai Cadbury Coklat sebab tak dan nak pi bakery.
  • 100 gram Dark Chocolate Brand Beryl’s.
Baca juga :  Cara untuk membuat Aiskrim Malaysia Perasa Nutella. Sedap dan bakal menyamankan tekak anda.

Cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Buat teknik Double boil ye. Jangan sampai setitik air pon terkene coklat takut nanti coklat mengeras.
  2. Dah suam-suam masukkan dalam piping bag dan picit masukkan dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang. Masa kite ratakn coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu.
  3. Pastu tuang je vanilla aiskrim yang dah siap mixed tu dalam plastik aiskrim. Jangan risau cokat tu tak akan bercampur dengan vanilla aiskrim.
  4. Dah masukkan hentak-hentak sikit bagi mampat. Kalau tak ketuk nanti ade ruang kosong dalam tu.

Selamat mencuba. Saya halalkan resepi ni untuk semua.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rohaya Zulkarnin Aya.

Baca juga :  Cara untuk membuat Chocolate Bubble Rice dengan 3 bahan sahaja. Mudah dan pasti laku keras nanti!

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.