Resepi dan Cara membuat Kek Keju Jepun Budget dan Simple

Assalamualaikum. Hari ni nak share resepi Kek Keju Jepun Budget & simple. Semoga resepi ni dapat membantu sesiapa yg nak buat tapi tak jadi-jadi.

Step 1:

  • Susu full cream 200ml.
  • Cheese Slice 5 keping.
  • Butter 70g.

Panaskan susu dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau hingga butter cair. Biarkan suam.

Step 2:

  • 3 biji putih telur.
  • 70g gula icing.
  • 1 tsp cream of tartar (kalau tak ada, bole pakai 1tsp lemon juice).

Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing & cream of tartar, mix sampai bertanduk sikit. Bila terbalikkan mangkuk tak jatuh. Jangan terlebih pukul ya.

Step 3:

  • 3 biji kuning telur.
  • Essen Creamy Vanilla (pakai esen vanilla je pon boleh, cuma creamy lebih sedap bau dia bagi saya).
  • Tepung Gandum 70g.
  • Tepung Jagung 10g.
  • 1 tsp baking powder.

Cara membuatnya:

  1. Mix kuning telur dgn esen vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (step 2) mix sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung & baking powder, mix sehingga sebati lagi.
  2. Then, masukkan adunan putih telur (step 1) tadi kaup balik hingga adunan rata.
  3. Masukkan dalam loyang (size 7inch). Loyang pastikan sapu butter dulu sekeliling & bawah. Alaskan baking paper kat bahagian bawah kek sahaja. Bakar secara waterbath (loyang kek isi dlm loyang isi air) 60minit suhu 150-170deg ikut oven masing-masing. Make sure panaskan oven dulu & air dlm loyang panas juga.
  4. Edit: Tips nak bagi meringue (putih telur kental) menjadi, make sure telur segar. Senang nak asing putih & kuning. jangan ada kuning termasuk dalam putih telur, bekas & pekakas jangan ade air, make sure kering seperti digurun.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sekaya Pandan Super Sedap. Sesuai dimakan dengan Roti Jala.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Permata Pink

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.