Resepi Churros Comel dan Gebu. Colek dengan coklat cair memang mengasyikkan sangat!

Kebiasaanya Churros ini dimakan bersama-sama gula halus atapun yang paling popular adalah bersama serbuk kayu manis atau cinnamon. Macam-macam gaya ada, ada yang makan dengan susu pekat pun jadi. Jom kita tengok resepi dan cara untuk menyediakan Churros ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar marjerin.
  • 1 sudu besar gula.
  • 1 cawan air.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk menyediakanya pula adalah seperti berikut:

  1. Masak air, marjerin, gula & garam.
  2. Selepas tu masukkan tepung gandum kacau sampai sebati. Tutup api dan masukkan telur.
  3. Tekan menggunakan acuan semperit.
  4. Goreng sampai perang dan taburkan gula / serbuk kayu manis kalau suka dan yang paling heaven cicah dengan coklat.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak.
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.