Resepi Aiskrim Milo 3 Bahan. Rasanya serupa macam beli di kedai!

Dalam banyak-banyak aiskrim yang diolah, aiskrim Milo paling banyak orang buat kerana keenakan perisa minuman bercoklat itu.Tidak dinafikan, memang banyak resipi aiskrim Milo ditularkan tetapi pada kali ini kami ingin kongsikan resipi aiskrim Milo menggunakan Milo 3 In 1 (Milo stik). Hanya menggunakan 3 bahan, buka sahaja mudah tetapi lebih menyelerakan sama seperti aiskrim Milo sebenar!

Bahan-bahan:

  • 5 paket Milo 3 In 1.
  • 300ml susu cair atau susu segar.
  • 100ml susu pekat manis.

Cara membuat:

  1. Campurkan susu segar dan susu pekat manis dalam bekas, kemudian isikan juga 5 paket Milo 3 In 1 (paket Milo itu jangan dibuang).
  2. Kacau rata kesemuanya. Kemudian susun paket Milo tadi di dalam bekas untuk tegakkan paket itu supaya mudah isikan cecair Milo tadi.
  3. Setelah isikan cecair Milo ke dalam semua paket, letakkan setiap paket tersebut dengan batang ais krim.
  4. Bekukan selama 5 jam. Setelah aiskrim membeku, buka paket aiskrim tadi dan hiaskan dengan lelehan coklat untuk nampak lebih menyelerakan!
Baca juga :  Sup Daging Ala Thai masam-masam pedas. Tengok pun dah tau akan kesedapanya!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.