Resepi beserta video lengkap untuk membuat Kuih Bakul. Sedap rupanya kuih bakul ni. Anda cubalah!

Kami nak kongsikan kepada anda Resepi untuk membuat Kuih Bakul. Sedap rupanya kuih bakul ni. Anda cubalah!

Kuih bakul ni adalah kuih yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula sebelum dibentukkan seakan seperti dodol. Kuih ni memang sangat popular menjelang Tahun Baru Cina kerana ianya lazimnya adalah kuih tradisi masyarakat cina di negara kita. Apa lagi, Jom la cuba!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidjrah Ali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gm tepung pulut (sebungkus).
  • 190 gm gula pasir.
  • 400 gm gula merah.
  • 500 ml air.
  • Santan 200 ml.
  • Beberapa helai daun pisang.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam periuk. Kacau sehingga larut dan biarkan sejuk.
  2. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk.
  3. Tuangkan larutan gula dan santan tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi likat.
  5. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang. Pastikan ia melebihi bahagian atas tin supaya senang mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah).
  6. Didihkan air dan kecilkan api.
  7. Tuangkan adunan ke dalam tin dan kukus selama 8 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih.
Baca juga :  Cara untuk membuat kudapan Bihun Cakar Madu kegemaran anak-anak!

Tips: Penutup kukus perlu dibungkus dengan beberapa lapisan kain muslin, kain kasa atau pembalut aluminium supaya wap air tidak menitis  ke atas kuih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.