Harini main masak-masak dengan mak. Buat creamy mushroom chicken pie. Dari kecik lagi, bila mak saya ajak saya main-main. Dia akan ajak main masak-masak. Tapi bukan masak main-main. Masak betul betul yang boleh dimakan. Terima kasih kepada Puan Adlina Adlyenna kerana berkongi resepi hebat ini. Selamat mencuba semua.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Pastry. Saya beli yang ready made je sebab malas nak bancuh.
Untuk filling atau inti sediakan bahan dibawah:
- Cendawan tin (dipotong dadu/dihiris).
- Dada ayam (dipotong dadu).
- Bawang holland (dipotong dadu).
- Bawang putih (dipotong dadu).
- 2 sudu chili flakes (nak lebih pun boleh ikut tahap kepedasan sendiri).
- 2 sudu lada hitam.
- 1 sudu tepung gandum.
- 1 sudu kecil mix herbs.
- 100 ml cooking cream.
- Garam secukup rasa.
Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:
- Tumiskan bahan seperti Bawang, holland, bawang putih,cendawan, ayam sehingga garing.
- Kemudian, masukan chiliflakes, lada,hitam, garam, tepung dan cooking cream. Biarkan sekejap sehingga masak.
- Dah siap filings / intinya kita boleh design pie dengan pastry ikut kreativiti anda.
- Kemudian, bakar pie kita tadi menggunakan suhu 180-200°c selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.
Selamat bermain masak-masak semua.