Cara untuk membuat Udang Goreng bersalut Nestum yang sangat sedap dan rangup.

Udang Goreng Nestum. Sedap sangat. Puas hati buat sendiri kalau beli kat luar saiz XL dah berapa kan. Sebab bila kulit dah buang jadi saiz L je. Jadilah, puas juga makan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada Puan Ika Zul.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang yang dibuang kulit dan tinggalkan bahagian ekor sahaja.
  • Tepung Gandum secukupnya untuk menyalut udang.
  • Tepung Bestari sebagai bagai salutan akhir.
  • Nestum secukupnya.



Cara untuk menyediakan:

  1. Tepung Bestari dibancuh sedikit likat. Jangan bancuh terlalu cair.
  2. Kemudian udang yang telah siap dikupas salutkan dengan tepung gandum atau tepung jagung.
  3. Kemudian udang dicelup ke dalam adunan tepung bestari.
  4. Akhir sekali, celup kan ke dalam nestum.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Goreng secara deep fried dengan api sederhana besar. Angkat dan sedia di hidang. Selamat Mencuba.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Sedap Ali Power

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.