Tips istimewa untuk jadikan Teh Tarik anda terlajak sedap dan terbaik!

Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.

Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu. Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.  Ada cikgu pecahkan rahsianya. Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu guna teh wangi.
  • 7 uncang teh wangi ros. Koyakkan setiap uncang.  Kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je.
  • Air satu jug kecil lebih kurang 1 liter.
  • 50 ml susu segar. Nak sedap guna susu full cream goodday.
  • Susu 1/5 tin. Tambah atau kurangkan ikut kuantiti air.
  • Untuk melemakkan rasa teh dan memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam.
Baca juga :  Resepi tersedap untuk membuat Teh Ais Cincau yang kaw dan padu. Mesti cuba tau!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan ya kacau dengan air panas biasa. Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang. Kacau sesekali. Boleh adjust rasa susunya.
  2. Tutup api selepas teh betul-betul mendidih atau cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup. Tapiskan menggunakan tapis kain jika ada.
  3. Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.

Syokkkk. Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam. Bagi cikgu, teh yang sedap ialah dikurangkan manisnya. Tanpa dicampur gula secara langsung. Kowwww. Wangi Lemak. Manis-manis buah. Terbaikkk.

Baca juga :  Suka Kepak Ayam? Ini Tips dan Petua untuk membuat Kepak Ayam Goreng. Aroma dia dah cukup naikkan selera anda!

Jemput follow fb cikgu Afy AL Habibi untuk resepi lebih menarik.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.