Cara untuk membuat Soda Laici Herb. Minumkan yang akan menyegarkan anda serta-merta.

Assalammualaikum semua. Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Air soda laici herb. Sedap sangat. Anak-anak asyik ulang alik buka peti ais je. Resepi ini telah dikongsikan oleh Sue Fiysya‎. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 botol besar air aiskrim soda.
  • 1 tin laici /guna longan pun boleh.
  • 2 batang serai dititik.
  • Daun pudina secukupnya.
  • 1 biji lemon dihiris nipis.
  • Asam boi putih secukupnya.
  • Ais batu secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Cuci semua bahan hingga bersih. Hiriskan lemon nipis-nipis dan letakkan bersama daun pudina.
  2. Masukkan lemon yang telah dihiris di ikuti asam boi putih.
  3. Masukkan 1 tin buah laici / longan termasuk airnya sekali dan tuangkan air aiskrim soda secukupnya.
  4. Masukkkan pula air batu dan perah sedikit lemon dalam setengah biji ke dalam air tadi.
  5. Akhir sekali masukkan serai yang telah dititik.
  6. Siap untuk diminum. Selamat mencuba.
Baca juga :  Cara untuk membuat Air Chocolate Cream Chip ala-ala Starbuck. Memang mengancam dan terbaik.

One thought on “Cara untuk membuat Soda Laici Herb. Minumkan yang akan menyegarkan anda serta-merta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.