Cara untuk membuat Popia Carbonara Frozen yang akan memudahkan anda menyediakanya kelak. Petang-petang boleh goreng untuk encik abang dan juga anak-anak. Tambah musim hujan dan PKP ni keja lapaq ja kan.
Yang penting resepi ni senang sangat. Terima kasih kepada Harmiza Razak kerana berkongsi resepi sedap ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Bawang holland secukupnya dan potong dadu.
- Bawang putih secukupnya dan dipotong dadu.
- Isi ayam dipotong dadu.
- Sosej ayam.
- Cheese mozzarella atau cheese petak.
- Sos Prego keju dan herba.
- Blackpepper.
- Kulit popia secukupya.
- Butter cup sikit untuk menumis.
- Susu Pure Fresh Milk Farm Fresh.
Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:
- Masukkan butter sikit dan tumiskan bawang holland bersama bawang putih.
- Bila bahan tumisan dan naik bau dah perang sedikit, masukkan ayam. Ayam tu masak sampai kering okay.
- Agak lagi sikit nak kering, masukkan sosej. Lepastu masukkan blackpepper.
- Kemudian, masukkan sos prego keju dan herba. Kena pakai prego yang ni baru marvelous rasanya nanti.
- Lepastu masukkan susu Pure Fresh Milk Farm Fresh. Masuk sikit je. Kalau tak ada pun takpa no problem.
- Kemudian, masukkan chesse slice pula kedalam kuah kita tadi. Kemudian masukkan bahan last kita iaitu carrot pula dan masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
- Bila dah siap sos kita tadi bersedialah untuk diisi kedalam kulit popia kita tadi. Beli kulit popia yang dah siap je. Balut nanti tu agak-agak je. Jangan lebih sangat jangan kurang sangat.
- Bila dan siap balut. Bolehlah simpan dalam peti sejuk dan goreng bila perlu.
Selamat mencuba semua.