Orang perak mesti tau menu ni. Makanan tradisi yang memang popular dan tersedap sepanjang zaman. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 mangkuk sederhana ubi kayu anggaran 2 tongkol ubi kayu.
- 2/3 cawan gula pasir.
- 2/3 cawan air panas.
- 1 helai daun pandan.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Buang kulit, potong & cuci bersih, rebus ubi kayu hingga empuk. Letak secubit dua garam halus semasa merebus.
- Dalam periuk lain masak karamel gula hangus, gula dah cair masukkan air panas.
- Letak daun pandan, masukkan ubi rebus tadi gaul sekata dan masak hingga sedikit likat. Siap, sedap sangat padan kan dengan kopi O lagi umphhh.
Selamat mencuba.