Cara untuk membuat Pengat Pisang resepi orang-orang lama. Terbaik untuk anda sekeluarga!

Untuk menyediakan pengat pisang, mudah sahaja. Anda hanya memerlukan beberapa bahan yang mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya tempatan. Pengat pisang merupakan hidangkan klasik yang simple dan sedap. Lagi sedap apabila kita menggunakan pisang tanduk. Terima kasih kepada Puan Masjida Yanti Nasution.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 sikat pisang. Jenis pisang terpulang pada anda tapi dicadangkan gunakan pisang tanduk.
  • Seketul gula kabung.
  • 2 genggam Biji sagu direndam selama 15 minit.
  • 1 kotak Santan (200ml).
  • 1/4 cawan Gula pasir. Ubahsuai mengikut kemanisan yang anda sukai.
  • Secubit garam.
  • 3 helai Daun pandan.

Cara-cara untuk membuatnya;

  1. Rebus biji sagu smpai 3 suku kembang. Jangan kembang sangat sebab kita nak masak lagi nanti dalam pengat.
  2. Kemudian masukkan gula kabung dan bila hampir larut baru masukkan pisang. Pisang tadi hiriskan mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan kemudian. Renehkan sampai mendidih.
  3. Bila dan mendidih, masukkan gula, garam dan daun pandan tadi. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali masukkan santan. Tengok pada kepekatan kuahnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Kacau lagi bagi sebati dan tutup api. Sedia untuk dihidang bersama keluarga tersayang.
Baca juga :  Cara membuat Kek Pisang. Lembut dan ringkas cara membuatnya!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.