Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Tepung Bungkus. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 cawan tepung beras.
- 4 cawan santan segar.
- 1 sudu garam.
Bahan untuk Inti kelapa pula adalah seperti berikut:
- 1 biji kelapa (putih sahaja).
- 1 cawan gula merah.
- 1 1/2 air.
- 1/2 gula pasir.
- Secubit garam.
- 2 helai daun pandan.
- 1 sudu tepung gandum.
Cara-cara membuatnya:
- Kacau santan, Tepung Beras & Garam. Masak atas api bg pekat.
- Untuk inti, Panaskan gula merah, gula pasir, daun pandan, Secubit garam. Dah cair semua Masukan Kelapa kacau sebati. Keringkan air. Kemudian masukan tepung gandum. Inti buat siap-siap sehari sebelum nak buat tepung bungkus.
- Satukan doh dan inti bersama atas daun pisang dan bungkus, kemudian kukus selama 10-15 minit hingga naik wap. Bila dah masak, boleh hidang.
Selamat mencuba.