Cara untuk membuat Kuih Belebat Ubi Keledek. Kuih tradisional yang semakin dilupakan!

Kuih Belebat Ubi Keledek merupakan Kuih Muih Tradisional negeri Kelantan. Teringat masa kecil dulu kuih Blebak atau Kuih Belebat Ubi Stelo ni banyak dijual di kedai-kedai makan yang menjual sarapan. Sekarang ni hanya ada kuih donut, dan kuih muih yang biasa.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • Ubi keledek 2 cawan yang dah siap dipotong memanjang dan direbus dahulu.
  • 1 cawan 1/2 tepung beras.
  • 6 sudu besar gula.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 3 cawan santan

Cara-cara membuatnya:

  1. Satukan tepung beras dengan santan, gula dan garam pastu kacau sampai hancur gula.
  2. Masak atas dapur dengan api yang perlahan. Kacau selalu takut nanti berketul.
  3. Kacau sampai pekat likat kemudian tutup api dan masukkan pula ubi yang telah direbus tadi dan kacau bagi sebati.
  4. Biarkan suam dulu baru dibungkus dengan daun pisang.
  5. Kukus selama 10 minit. Siap dan bagi sejuk dulu sebelum dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Lagenda iaitu Kuih Talam Berlauk yang sangat sedap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Yuzilaini Akmar. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.