Resepi padu Kerabu Bayam Brazil bersama Mempelam. Kecur air liur anda ni nanti!

Kerabu bayam brazil dgn mempelam. Insha Allah resepi ini boleh dijadikan sebagai pembuka selera anda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Mimi Mahmud. Semoga dilimpahkan rahmat untuk Puan sekeluarga kerana berkongsi resepi ini. Insha Allah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebiji mempelam epal di mayang halus.
  • Secekak bayam brazil.
  • 8 biji cilipadi.
  • 2 biji cili besar.
  • 4 ulas bawang merah.
  • Belacan sebesar ibu Hari.
  • Kelapa parut.
  • Santan.
  • Udang kepal (Saya campur yang kuning dan oren).
  • Gula, garam dan ajinomoto.

Cara-caranya:

  1. Tumbuk cilipadi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut. Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil (bayam brazil kalau nak hiris bagi kecil pun boleh), udang kepal, bawang merah yang dimayang serta santan.
  2. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto. Tak perlu letak asam sebab kita ada mempelam, bayam brazil tak perlu celur. Kita buat mentah untuk rasa yang rangup. Mudah bukan?
Baca juga :  Cara untuk membuat Nasi Ketumbar yang sangat menyelerakan. Sesuai digandingkan dengan pelbagai menu lain.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.