Ada penggemar Gulai Lemak Telur tak kat sini? Jom kita buat sediri. Pasti puas hati punya!

Bagi mereka yang berkenan dengan gulai lemak telur silakan share, Inshaa Allah sedap. Kita ada letak ketumbar supaya masakan bertambah sedap.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Julia Aleen Aireish. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 6 biji telur ayam dibersihkan dahulu kulitnya.
  • 1 biji bawang besar **.
  • 2 ulas bawang putih **.
  • 1 inci halia **.
  • 1 inci lengkuas **.
  • 7 biji cili api **.
  • 1 sudu makan ketumbar **.
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 keping asam gelugor.
  • 1 kotak santan.
  • 10 batang kacang buncis dan dihiris serong.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( ** )  kemudian kisarkan sehingga menjadi halus.
  2. Panaskan setengah senduk minyak, tumiskan bahan tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan asam keping, jika santan pekat boleh tambah air mengikut citarasa sendiri. Perasakan kuah lemak secukup rasa.
  4. Pecahkan telur dan letak perlahan sebiji-sebiji ke dalam periuk, jangan masukkan semua telur sekali gus. Apabila telur yang awal hampir masak, masukkan telur seterusnya. Gunakan api yang perlahan sahaja.
  5. Akhir sekali masukkan kacang buncis. Apabila telur masak dan kuah mendidih boleh tutup api. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.
Baca juga :  Resepi Telur Sambal Cili Kering Terangkat. Resepi telur paling mengancam dan padu!

Jika nak mudah, telur tu boleh direbus masak dahulu. Jika tak nak guna serbuk kunyit boleh guna kunyit hidup. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.