Jom tengok resepi Ayam Golek Ala Pengantin. Serious memang sedap sangat. Ayam sangat lembab berjus dan lembut. Semuanya secukup rasa! Mesti anak-anak suka.
Si empunya resepi orang lama, jadi cara pembuatannya step by step. Bahan-bahan mudah sangat. Semuanya ada di dapur kita. Perasan tak menu orang lama ni walaupun bahannya mudah tapi rasanya sedap sangat. Terima kasih kepada Puan Marina Ismail kerana berkongsi resepi kenangan ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 ekor ayam.
- 3 batang serai di tumbuk.
- 2 batang serai di ketuk.
- 6 ulas bawang putih.
- 2 biji bawang besar.
- 2 sudu besar cili blend.
- 1 inci halia.
- 250 gram santan.
- 1 sudu teh kunyit serbuk.
- 1 sudu besar minyak masak.
- ½ sudu teh jintan manis.
- ½ sudu teh jintan putih.
- ½ sudu teh ketumbar.
- 1 kiub ayam.
- Garam dan Gula secukup rasa.
Cara-cara membuatnya:
- Sapu rata garam, serbuk kunyit dan minyak pada ayam. Perap selama lebih kurang 15 minit.
- Tumbuk serai dan bawang putih hingga lumat. Lumur rata pada ayam. Biarkan lagi selama 15 minit.
- kisarkan bawang merah bersama cili blend dan halia. Masukkan dalam kuali bersama santan.
- Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub ayam, garam dan gula. Masak sampai sebati.
- Dah masak sejukkan sekejap. Dah agak suam ambil 2 batang serai yang diketuk tadi dan gunakan serai untuk sapu rata pes pada ayam. Masukkan pes dalam perut ayam juga tau.
- Akhir sekali masukkan 2 batang serai tadi dalam perut ayam.
- Perap lagi ayam dalam 30 minit. Bakar selama 1jam 15 minit dengan suhu 180.
- Dah siap!
Selamat menjamu selera ya semua.