Cara membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Sedut-sedut sedar-sedar dah habis!

7 Bahan Mudah Masak Lemak Siput Sedut. Jujur sungguh. Lama tak buat masak lemak siput sedut ni. Semalamkan cheyah pergi pasar. Ternampak siput ni terus beli satu kilogram. Harga kat sini RM16.

Balik tu kena basuh dulu la. Bilas dekat 5-6 kali jugak. Sampai abewe puji “Allah bersih sangat ni berus ke”. Lepas tu rendam dalam air selama 2 jam lebih nak bagi siput tu buang sisa sisa kat dalamnya. Pastikan tutup siput tu. Kang berjalan satu rumah.

Baik. Jom kita terjah 7 bahan yang sangat mudah. Jangan cakap susah nak buat masak lemak ni. Renyahnya bab nak uruskan siput je. Cara gulai simple saja.

Bahan-bahannya:

  • Siput sedut.
  • Kunyit hidup.
  • Serai.
  • Cili padi.
  • Santan satu biji.
  • Asam keping.
  • Daun kunyit (tapi cheyah gantikan dengan daun limau purut sebab tak ada).

Cara penyediaannya:

  1. Potong la dulu siput tu nak bagi mudah untuk sedut bila dah masak. Kalau tak potong memang jenuh la nak sedut tak keluar sebab tak ada ruang udara nak bantu.
  2. Tumbukkan cili padi bersama kunyit hidup. Masukkn dalam santan dan ketuk serai sekali humban senang.
  3. Panaskan santan tadi. Kacau sehingga ia mendidih dan baru boleh masukkan siput sedut tadi.
  4. Boleh masukkan asam keping serta bahan perasa iaitu gula dan garam. Biarkan ia mendidih dan bagi siput tu masak.
  5. Terakhir sekali, boleh masukkan hirisan daun limau purut/daun kunyit. Kacau rata dan tutup apai. Dah siap!
  6. Mudahkan? Bahan mudah dan cara buat pun mudah. Pasni senang la boleh masak dan menyedut sendiri kat rumah. Lagi jimat. Kalau tidak satu mangkuk tu dekat seploh hinggit jugak harganya.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Pandan

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.