Cara mudah untuk membuat Dimsum Inti Ayam dan Udang daripada Kulit Popia.


Dimsum Kulit Popia. Masak apa yg ada dirumah sahaja. Ingat nak buat doh sendiri sekali tepung ubi takda pulak. Pakai je mana ada dirumah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Myra Chaqkey. Terima kasih ya. Selamat mencuba semua.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 sudu besar Isi ayam dicincang halus.
  • 2 sudu besar udang dicincang halus.
  • 2 sudu besar carrot.
  • 1 sudu besar daun bawang.
  • 1 sudu besar bawang merah.
  • 1 ulas bawang putih.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 biji telur.
  • Lada putih ikut citarasa.
  • Lada hitam ikut citarasa.
  • Garam dan Perasa.

Cara untuk membuatnya:

  1. Gaul kesemua bahan diatas sehingga sebati.
  2. Bacuh sedikit tepung gandum utk buat gam. Kulit popia besar potong 4.
  3. Letak semua bahan-bahan yang digaul dalam kulit popia. Lipat ke pusing ke janji dia lekat.
  4. Dah siap pusing-pusing semua baru boleh kukus dalam 15 hingga 20 minit sehingga masak. Nak goreng pun boleh. Siap!
  5. Saya pakai sos Enaq je. Sedap buat cicah. Selamat mencuba tau.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia Goreng berinti ketam. Menu terbaik untuk minum petang anda.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.