Biskut Kacang Mazola ni biskut tak kira masa. Senang dan sedap dimakan sentiasa!

Mesti ramai peminat Biskut Kacang Mazola ni kan. Ye la biskut ni sedap dan mudah untuk dibuat.

Kami paparkan kepada anda cara untuk Membuat Biskut Kacang Mazola yang telah dikongsikan oleh Puan Razali Siti Zakiah melalui facebooknya. Terima kasih ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 2 cawan kacang tanah yg sudah di tumbuk halus. Kacang perlu disangai tanpa minyak dahulu dan dibuang kulitnya ya.
  • 1 cawan gula halus.
  • 1 cawan minyak mazola. Gunakan cawan yg sama setiap sukatan bahan ya.
  • Secubit garam halus.

Cara untuk membuatnya mudah sahaja. Bancuh kesemuanya bahan diatas dan uli sampai sebati. Kemudian dah boleh cetak ikut kreativiti masing-masing. Setelah siap mencetak, akhir sekali bakar pada suhu 160 darjah menggunakan api atas dan bawah. Siap untuk dihidangkan atau disimpan.

Baca juga :  Cara untuk membuat Biskut Double Chocolate Chip yang rangup dan padu! Kuih raya anda pasti laku keras.

 

Selamat mencuba. 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.