Mesti ada penggemar kerabu dalam ni kan? apa kata kali ni anda semua cuba pula Resepi Kerabu Sotong Thai yang telah dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.
Tak boleh nak kata apa dah dengan kerabu ni. Puas hati boleh buat sendiri. Sedap. Segar. Sihat. Salah satu menu diet saya. Bagi adik rasa, dia makan sambil pejam mata. Sedapla tu. Ahaa. Gabungan rasa masam manis masin dan pedas. Semoga bermanfaat.
Bersihkan 3 ekor sotong saiz XL. Hiris bulat. Kemudian panaskan air. Celur sekejap dan toskan.
Sediakan bahan hiris seperti dibawah:
- 1 biji mempelam lemak.
- 1/6 setiap jenis lada benggala.
- 1/3 bunga kantan.
- 1/3 carrot.
- 3 biji tomato ceri.
- 1 batang serai.
- 1 batang daun ketumbar.
- 1 biji bawang merah.
- 1/4 bawang besar.
- 4 tangkai cili padi merah dan hijau.
Gunakan mangkuk besar. Masukkan pula bahan dibawah:
- 2 sudu besar kicap sotong.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 3/4 sudu besar gula perang castor.
- 1/3 sudu besar garam bukit.
Kemudian, perah 3 hirisan lemon. Ambil jusnya sahaja.
Tambahkan juga secubit dua serbuk lada hitam dan cili flakes. Kacau rata.
Masukkan bahan hirisan tadi beserta sotong.
Gaul rata.
Siap. Boleh hidangkan dalam pinggan.