Cara-cara untuk membuat Kuih Lepat Liat. Kuih Tradisional terbaik sepanjang zaman!

Sedap rupanya lepat liat ni. First time sis buat dan makan. Alahai terlambat ku mengenalimu. Nak resepi? Kat bawah ek. Saya ambil dalam group ni juga. Bila tengok resepi ni macam kita buat onde-onde juga cuma kita kukus. Resepi ini telah dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung pulut.
  • 1 sudu tepung gandum.
  • 1/2 cawan santan pekat.
  • 3 sudu makan gula putih.
  • 1 sudu kecil garam.
  • Kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam halus.
  • Daun pisang yang dilayur terlebih dahulu.
  • Minyak masak utk sapuan pada daun.
  • Bahan dimasak bersama iaitu 1 cawan gula merah , 1/2 cawan air dan daun pandan.
Baca juga :  Resepi Bengkang / Bingka Ubi Kayu yang menarik dan memikat selera kita semua.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak air gula merah dan ketepikan. Sejukkan.
  2. Masuk santan, garam, gula putih bersama tepung pulut di dalam bekas dan gaul sebati.
  3. Masuk air gula merah tadi sambil ditapis dan kacau hingga tidak berketul.
  4. Ambil daun pisang dan sapukan minyak. Letak adunan 2 sudu makan dan ratakan. Sapu minyak pada jari dan tekan adunan lebih kurang 1 sudu besar penuh.
  5. Letak inti kelapa ditengah-tengah adunan dan balut kemas. Akhir sekali kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.