Cara untuk membuat Popia goreng berinti ketam. Hidangan minum petang yang terbaik untuk anda!

Dek bahannya mudah, maka sampai sekarang saya ingat cara buatnya. Ni musim PKP ni layan dengan anak-anak seronok sangat. Memang keriangan bergandalah kata orang. Sekejap jer habis makan waktu petang. Jom buat sesama, bahan mudah jer. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Masliana Ibrahim. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket isi ketam.
  • 3 – 4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga.
  • 3 pokok daun ketumbar.
  • Kulit popia saiz besar. Saya lebih suka guna yang saiz medium tapi tak jumpa masa ni.
  • Sehiris lemon.
  • Secubit garam.
  • 1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap.
  • Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia.

Cara-Caranya pun mudah nak buat:

  1. Rebus isi ketam sampai masak. Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur. Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.
  2. Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam. Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
  3. Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
  4. Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan cantik.
  5. Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni like pecah terburai isi dalamnya.
  6. Ok siap untuk di hidang seisi keluarga.
Baca juga :  Resepi Paru Goreng Garing terbaik untuk anda. Sesuai dimakan begitu sahaja.

Haha ralit duk tulis ni tiba rasa cam nak buat lagi today. Selamat mencuba tau.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.