Mudahnya untuk membuat Putu Mayam. Resepi ni pasti hasilnya akan membuatkan anda puas hati!

Kita buat cara kita la naa. Dari tak tau buat terus tau buat. Alhamdulillah bila makan rasa macam yang berjual tu ada. Jom kita cuba buat sendiri PUTU MAYAM oleh Julia Aleen Aireish ni. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 2 cawan air.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu makan minyak jagung/minyak masak.
  • Pes pandan nona manis – jika nak rasa pandan & warna hijau.
  • Untuk lapik : Boleh guna daun pisang semasa mengukus.
  • Gula perang (brown sugar), Gula merah atau gula Melaka di hiris halus.
  • Kelapa parut putih di gaul dengan secubit garam.

Cara-caranya:

  1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
  2. Panas & didih air terlebih dahulu. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
  3. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
  4. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
  5. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.
  6. Susun dalam kukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
  7. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Baca juga :  Cara membuat Putu Bambu sendiri di rumah. Senang je rupanya nak membuatnya!

Selamat mencuba!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.