Cara untuk membuat Jejari Kentang Cheese yang rangup-rangup garing. Pasti tak cukup sebatang.


Favourite anak anak. Selalunya Kekna buat masa sarapan pagi. Takpun minum petang. Cicah dengan sos cili memang padu laa. Buat ni selalu berebut la dengan anak anak. Tak cukup. Hahaha. Meh Kekna nak sharee. Boleh tambah dalam menu korang nanti.

Resepi ini adalah kepunyaan Puan Zana Mokhtar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Kentang yang direbus dan dilecek lumat.
  • Daun ketumbar.
  • Carrot yang diracik halus.
  • Tepung Jagung ikut pada sukatan bancuhan.
  • Sedikit garam.
  • Cheese cheddar yang di dadu halus.
  • Serbuk roti spicy.

Cara-cara membuatnya:

  1. Kentang di basuhkan dan buang kulit. Lepas tu rebus sampai empuk. Lenyek kan sampai hancur.
  2. Campurkan adunan kentang rebus yang di lenyekkan tu dengan garam, carrot, daun ketumbar dan cheese. Satu kan dan gaul kan sampai sebati.
  3. Selepas tu campurkan adunan tepung jagung. Ikut sukatan la agak agak la. Bila kita pegang adunan tu tak melekat dekat tangan sangat.
  4. Bentukkan seperti jejari dan golekkan dengan serbuk roti.
  5. Gunakan minyak yang panas dan api jangan terlalu kuat yee. Setelah kekuningan angkat dan toskan minyak.
  6. Siap untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis. Menu yang boleh dimakan begitu sahaja!

Senang kan nak buat. Yang nak sharee Kekna izinkan tau. Semoga bermanfaat. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.