Cara dan Resepi untuk membuat Rendang Tok. Menu yang terbaik dimakan bersama ketupat dan lemang.


Kami kongsikan kepada anda semua cara untuk menyediakan Rendang Tok. Nak masuk bulan puasa dan raya ni nanti banyak la menu ni di rumah-rumah anda. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memerap daging (Bahan A):

  • 1 kg daging potong kiub 3×3 inci,
  • 20 tangkai cili kering.
  • 4 biji bawang besar.
  • 6 ulas bawang putih.
  • 4 inchi halia.
  • 4 inchi lengkuas.
  • 1 ketul isi kunyit.
  • 4 batang serai.
  • 2 sudu mkn jintan manis.
  • 2 sudu mkn jintan putih.
  • 2 sudu mkn ketumbar.
  • 2 sudu mkn lada hitam.
  • 5 biji buah keras.

Semua bahan diatas perlulah dikisar kecuali daging. Bahan hendaklah dikisar halus Bagi bahan-bahan rempah ratus perlulah disangai sekejap sebelum dikisar. Satukan semua bahan dengan daging dan perap semalaman di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan (B):

  • 500 ml santan pekat atau santa dari perahan 2 biji kelapa.
  • 5 sudu makan kerisik.
  • 5 sudu makan gula merah atau gula melaka.
  • 1 cawan air asam jawa dari 2 sudu asam.
  • Garam dan gula secukupnya.
  • Air secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Rendang Daging Nogori yang terbaik dan tersedap sepanjang zaman.

Bahan-bahan untuk menumis (C):

  • 2 keping kulit kayu manis.
  • 4 kuntum bunga lawang.
  • 8 kuntum cengkih.
  • 8 biji buah pelaga.
  • 2 helai daun pandan potong dipotong pendek.
  • 1 senduk minyak untuk menumis.

Cara-caranya memasak Rendang Tok:

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan (C) hingga naik bau, masukkan bahan (A) iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan (B).
  • Gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang tersejat, kacau dgn kerap bagi mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit.
  • Boleh tutup api ikut tahap kelembapan rendang yang anda suka, rendang tok boleh bertahan lama jika dikeringkan hingga bahan rencahnya menjadi serbuk. Siap.

Selamat mencuba

 

Baca juga :  Cara untuk membuat Ubi Kayu rebus gula. Menu manisan Tradisi orang-orang lama yang mengasyikkan petang anda!

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.