Cara untuk membuat Lemang Kukus dengan mudah dah cepat! Tak perlu guna buluh pun.


First time post kat sini. Resepi Lemang ni dah viral. Dah buat banyak kalipun. Memang menjadi. Alhamdulillah Ada yang suka, ada yang tak suka. Ni ikut citarasa masing lah ye. Ada ke yang nak resepi? Terima kasih kepada Puan Noor Abidah kerana berkongsi resepi mudah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 500gm beras pulut.
  • 500ml santan pekat.
  • Sedikit garam.
  • Cawan kertas.
  • Daun pisang.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh beras dan toskan. Kemudian, masukkan garam dalam santan dan kacau sehingga sebati. Rasa dulu biar semua cukup rasa dan seimbang.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam cawan kertas yang dah dialas daun pisang. Masukkan 3/4 saja.
  3. Kemudian, masukkan santan sehingga agak penuh cawan.
  4. Kukuskan selama lebih kurang sejam. Siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Ayam Goreng masak sambal Hijau. Padu dan enak untuk menu berbuka anda!

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.