Biasa beli je kan? Apa kata kali ni buat sendiri Brownies Kedut ni sebab mudah je sebenarnya nak buat tau.

Cara untuk membuat Brownies Kedut yang sangat padu dan enak! Setiap gigitan pasti berbaloi. Saya guna sukatan cawan , 100 % brown sugar. Tak payah mixer bagai. Kacau je guna spatula. Saya jual brownies budget, jadi saya guna marjerin je.

Saya guna dark chocolate beryls, 100 % brown sugar and marjerin. Saya guna sukatan cawan metric
Tak payah nak timbang bagai. Resepi dalam gram and sukatan cawan. Boleh rujuk perkongsian asal oleh Puan Syaz Amira di Facebook. Ramai yang dah berjaya buat dan boleh rujuk dekat bahagian komen post beliau. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan).
  • 90 gram butter / marjerin (1/2 cawan).
  • 90 gram tepung gandum (1/2 cawan).
  • 90 gram choc coin (1/2 cawan).
  • 40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko).
  • Esen vanilla.
  • 2 biji telur size B.
Baca juga :  Cara untuk membuat Daging Masak Merah ala Thai yang bakal menjadi salah satu menu sahur dan berbuka anda.

Cara-cara membuatnya:

  1. Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit. Gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati. Masa ni kena hati hati ye, takut telur jadi telur hancur.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati. Baru masukkan chocolate coin dan kacau sebati.
  3. Lapik loyang 7 inch dengan baking paper. Kemudian bakar pada suhu 180 darjah dalam 30 minit. Dah siap tu, terus bawa keluar oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang.

Selamat mencuba. Doakan sis murah rezeki okayyy.

Baca juga :  Kacang Goreng Pedas guna 4 bahan sahaja. Kudapan raya yang laku keras!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.