Cara untuk membuat Masakan Tofu Lembut / Ma Po Tofu / Beancurd ala Restoran Chinese Muslim. Sedap sanga!

Ma Po Tofu/Beancurd. Siapa penah makan dekat chinese muslim restaurant smpai sekarang teringat menu ni. InshaaAllah sedap. Tofu tu lembut and wangi bau mcm air soya yang freshly cook panas.

Update resepi cara sis. Kalau google, mostly bahan asal macam susah sikit nak cari tapi kita olah ikut tekak melayu. Terima kasih kepada Puan Halimatun AsSaadiah Ismail kerana berkongsi resepi yang sedap ini.

Bahan utama:

  • Silky tofu – potong dadu jangan kecik sangat, nanti hancur. Dia sangat lembut.
  • Daging cincang secukupnya.
  • Sedikit bacuhan air tepung jagung.
  • Daun bawang atau daun sup sebagai penambah rasa dan hiasan.

Bancuh Sos dalam mangkuk kecil:

  • 2 sudu chili bean sos. (Toban djan @ macam taucu pedas sis beli kat mydin).
  • 1 sudu sos tiram.
  • 1/2 sudu kicap cair.
  • 2 sudu sos cili.
  • Sedikit gula.
  • 1/2 sudu Minyak bijan.

Tak perlu garam sebab semua dah masin kat atas ni.

Baca juga :  Cara mudah untuk membuat Tofu Jepun atau Tofu Telur hanya dengan 3 Bahan Sahaja.

Bahan tumis sampai wangi:

  • 1/2biji Bawang merah cincang halus.
  • 4 biji Bwg putih cincang halus.
  • 1 inci halia racik halus.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan daging cincang, terpulang nak letak banyak mana. Bila semua bahan dah pecah minyak, daging dah masak baru masukkan sos yang dah bancuh tadi. Kacau-kacau dan masukkan sedikit air untuk elakkan ianya hangit. Rasa dulu apa yang kurang. Masakan ni dia mesti ada rasa masin dan manis.
  2. Agak-agak dah menggelegak, masukkan pula air tepung jagung sedikit untuk bagi kuahnya pekat sedikit.
  3. Kemudian, boleh masukkan tofu. Hati-hati masa kacau. Kacau dengan lemah lambut. Agak-agak dalam seminit bila kuah dah nampak pekat boleh tutup api.
  4. Taburkan daun bawang/sup sebagai penambah rasa.

**** Dalam ni sis letak kentang potong dadu, sebab agak termasin sedikit sebab sis masak main campak-campak jer. Tak ikut sukatan padahnya. Ikut petua orang lama letak kentang untuk bagi neutralkan rasa masin tu. Selamat mencuba.

Baca juga :  Teringin Nasi Briyani? Jangan risau resepi ini gerenti menjadi dan pastinya mudah disediakan!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.