Cara untuk membuat Kudapan Chocoball Milo. Sajian minum petang yang disukai anak anda.

Cara untuk membuat Kudapan Chocoball Milo. Sajian minum petang yang disukai anak anda. Guna 3 bahan je. Terima kasih kepada Puan Teratak Eja kerana berkongsi resepi mudah ini. Selamat mencuba.

Sangat jimat dan yang pasti rasaya sama macam yang jual kat luar tu. Cuba tau!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 200 g coklat beryls.
  • 50 ml minyak daisy.
  • Milo whole grain atau apa jenis cereal pun boleh.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Double boil coklat beryls sampai cair baru masukkan minyak. Jangan sampai termasuk air dalam coklat ya.
  2. Kacau sampai semua sebati. Angkat dan tunggu coklat sejuk sekejap. Baru gaul milo whole grain.
  3. Letak dalam bekas kedap udara jika ada. Insha Allah tak lemau ye dan tetap rangup. Saya letak dalam bekas aiskrim milo je.
Baca juga :  Cara Nak Buat Ais Krim Pelangi Paddle Pop. Mudah dan murah untuk anda sekeluarga.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.