Cara untuk membuat Puding Labu sedap berlemak. Makan sejuk-sejuk sedar-sedar dah licin!

Cuaca panas siang hari ni kang berbuka bolehlah sejukkan tekak dengan puding labu ni. Memang sedap sangat tau bagi peminat puding. Lebihan labu ada, jadi apa kata kita cuba resepi ini mengikut cara dibawah. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Lina Sahedin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 20 gram agar-agar tali direndam selama 1 jam.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 1 sudu besar gula batu.
  • 5 cawan air.

Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Kemudianm masak gula pasir dan gula batu juga sehingga hancur.

Bahan-bahan lain:

  • 1 tin susu cair.
  • 1 sudu tepung jagung ditambah 2 sudu besar air kemudian disatukan.
  • 1 sudu kecil garam.
  • 1 cawan labu yang telah dikukus kemudian hancurkan ia dengan garfu sahaja.
  • Pewarna kuning 2 hingga 3 titik.
Baca juga :  Cara untuk membuat Sambal Tempoyak Goreng. Sekali colek pasti tak cukup!

Cara-cara untuk membuat Puding Labu:

  1. Masukkan susu cair, tepung jagung yang telah dicairkan, labu, pewarna kuning dan garam ke dalam bekas dan kacau bagi sebati.
  2. Kemudian, masakkan sehingga adunan tadi mendidih dan tutup api.
  3. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan atau loyang yang telah dibilas dengan air supaya senang puding dikeluarkan nnti. Bila adunan puding dan suam boleh masuk dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan ketika diperlukan nanti.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.