Cara untuk membuat Biskut Kelapa yang sedap, ringkas dan mudah disediakan.

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Biskut Kelapa yang sedap, ringkas dan mudah disediakan. Encik suami siap cakap kuih ni yang sodap ni. Memang kena buat lebih kalau tak nanti tak sempat simpan untuk raya pulak.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Aroha Roha. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan marjerin.
  • 1 cawan gula aising.
  • 1 cawan tepung gandum.
  • 3 cawan tepung jagung.
  • 2 cawan kelapa yang telah di sangai.
  • Esen vanila satu sudu teh sahaje.
  • Sebiji kuning telur.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul telur, marjerin dan gula aising sampi kembang.
  2. Kemudian, baru masukkan semua tepung dan kelapa yang telah di sangai tadi. Tekap menggunakan acuan dan leatakkan atas tempat membakar. Sapu sedikit margerin atas loyang membakar terlebih dahulu.
  3. Bakar pada suhu 160 darjah selama lebih kurangĀ  25 minit.
Baca juga :  Cara untuk membuat biskut kegemaran ramai iaitu Biskut Kacang Peas. Sangat sedap weh!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.