Resepi dan cara untuk membuat Kuah Shellout Seafood Kam Heong yang sangat padu dan enak!


Kami nak kongsikan kepada anda resepi dan cara untuk membuat Kuah Shellout Seafood yang sangat padu dan enak! Lagi puas masak sendiri sebenarnya sebab puas hati dapat makan banyak. Jimat berganda dari kedai. Ni kos semua ni dalam RM30 je camtu.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Eemaa Ramli. Terima kasih.

Bahan utama yang diperlukan:

  • Ketam, udang, sotong, lala dan apa-apa sahaja seafood yang anda sukai.
  • Jagung, carrot dan brokoli secukupnya.

Seafood dengan sayur rebus dulu sehingga empuk dan masak kemudian toskan airnya. Air rebusan simpan jangan buang tau.

Bahan untuk buat Sos Shellout Kam Heong:

  • 3 sudu besar serbuk kari.
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • 4 sudu kicap manis.
  • 1 sudu besar cili kisar.
  • 2 sudu kecil gula
  • Sedikit air.

Bahan-bahan diatas disatukan untuk dijadikan pes.

Baca juga :  Cara untuk membuat Lala masak mentega bersama krim yang sangat padu.

Bahan-bahan lain:

  • 5 – 6 biji bwg merah dicincang atau tumbuk.
  • 5 – 6 ulas bawang putih dicincang atau tumbuk.
  • 2 batang serai ketuk.
  • 2 tangkai daun kari.
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu.
  • 8- 10 cilipadi.

Cara- cara untuk membuat hidangan ini:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi sampai layu. Kemudian, masukkan cili kisar bersama pes yang dah dibancuh tadi dan air rebusan seafood. Tumis sampai betul-betul pecah minyak.
  2. Masak sampai kuah menjadi agak pekat. Seimbangkan kesemua rasa supaya lengkap.
  3. Akhir sekali tutup api dan masukkan semua bahan-bahan yang  telah direbus tadi. Gaul sehingga rata  dan siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tersayang.

Selamat Mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.