Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Masakan Ikan Bilis Tumis Ketang bersama Suhun. Kesedapan kenikmatan yang berbaloi.
Terima kasih kepada puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi yang tersangat berbaloi untuk dicuba. Senang pula tu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Kentang 4 biji besar dipotong serong nipis dan di goreng.
- Ikan bilis 5-6 sudu besar dicuci bersih dan di goreng.
- Suhun 1 ikat di rendam bersama air.
- Bawang besar ½ biji di hiris.
- Bawang putih 4 ulas di ketuk.
- Cili merah 1 biji di hiris.
- Cili merah 1 biji di hiris.
- Daun kari 2 batang.
- Sos tiram 1 sudu besar.
- Kicap Manis 2 sudu besar.
- Serbuk perasa Knorr atau Maggi.
- Serbuk lada hitam ½ sudu kecil.
- Serbuk kunyit ½ sudu kecil.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Goreng kentang sehingga masak. Kemudian, gorengkan pula ikan bilis.
- Gunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi dalam 5 sudu untuk menumis bawang putih dan bawang merah. Tumiskan sehingga warna keperangan.
- Masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Masak seketika.
- Masukkan Sos tiram dan kicap manis kemudian gaulkan hingga semua adunan sebati.
- Masukkan suhun, serbuk perasa, serbuk lada hitam dan kunyit. Sambung gaul hingga semua rata.
- Akhir sekali, masukkan kentang dan ikan bilis. Masak sehingga rata dan sedikit kering. Bila dah puan hati tutup api dan salin kedalam pinggan.
- Siap untuk dihidangkan bersama lauk lain dan nasi panas.
Selamat mencuba.